Selepas perlawanan Man City-Arsenal, pada akhirnya ia adalah peringatan kepada semua kelab di Premier League, ini adalah era City. Jika anda mahu melepaskan tangan Guardiola dari trofi liga, anda perlu benar-benar bersedia untuk bersaing. Arsenal telah melakukan segala-galanya malah musim ini adalah musim lebih baik dari musim mereka memenangi liga sebelum ini. Era City, bar mata untuk menjadi juara telah dinaikkan ke satu tahap yang mungkin tidak masuk akal. Arsenal boleh menamatkan kempen dengan 90 mata dan ia masih tidak mencukupi. Liverpool pernah mengumpul 97 mata hanya untuk berada di tempat kedua. Liverpool menggunakan musim itu untuk merangsang diri mereka sendiri dan menjadi seperti City, mengutip mata pada tahap tertinggi. Pada musim seterusnya Liverpool meraih 99 mata dan berjaya mengenepikan City, namun Liverpool tidak sekonsisten City. Semua merasakan, selagi Guardiola bersama City dan wang besar dari Abu Dhabi berada dalam bilik eksekutif City, era City akan berterusan. Siapa yang akan menamatkan era City? Newcastle mungkin mengimpikan perkara itu tetapi mereka perlukan masa selama beberapa tahun lagi sebelum kekayaan pemiliknya dapat digunakan sepenuhnya. United akan terus dengan kebanggaan masa lepasnya dan sentiasa percaya mampu menamatkan penguasaan City. Cita-cita United sentiasa tinggi. Hanya dua cara penguasaan City boleh disekat. Pertama, Guardiola keluar dari kelab itu. Kedua, City didapati bersalah atas tuduhan melakukan 100 salah laku kewangan. Sepanjang 7 musim Guardiola di sana, masa depannya sering berada dalam perbincangan namun dia terus kekal disana. Terdapat teori Guardiola mungkin boleh hilang keghairahan dan mencari cabaran baru di tempat lain. Atau jika Guardiola menang treble, dia akan berundur. Tetapi ia cuma teori kerana, Guardiola mempunyai peluang untuk mencipta dinasti di kelab itu. Hanya 2 pengurus yang menang liga lebih banyak darinya. Paisley menang 6 kali dan Ferguson 13 kali. Arsenal sepatutnya tidak kecewa jika mereka kalah dalam perebutan kejuaraan menentang City. Bersaing dengan City hari ini tidak sama dengan pesaing lain ketika era City belum bermula. Perbezaan ketara adalah, pasukan yang mahu menjadi juara perlu meraih hampir 100 mata. Ia adalah jumlah yang hampir tidak masuk akal untuk dilakukan setiap musim. Bar yang diletakkan oleh Guardiola terlalu tinggi. Apa yang mahu dikecewakan apabila pasukan anda sudah meraih 80-90 mata tetapi masih belum menjadi juara? Itu adalah mata juara, cuma tidak terpakai pada era Guardiola-City. Apa yang boleh dilakukan oleh Arsenal? Ransang dirinya dan capai 100 mata pada musim hadapan seperti Liverpool lakukan. Tiada jalan lain, 90 mata tidak cukup. Perkara lain, Arsenal perlu kalahkan City. Tidak ada pasukan kalah 2 kali di tangan City boleh mengepikan pasukan ini. Arsenal sudah kalah 12 kali apabila bertemu City.