Untuk bermain bawah pengurusan Pep Guardiola di City memerlukan masa untuk adaptasi. Musim pertama confirm pemain tersebut flop, dan mula dapat rentak di musim seterusnya. Namun, kenapa Kalvin Phillips masih tidak dapat minit permainan walaupun sudah pulih dari kecederaan dan Rodri nampaknya telah overload? Untuk menjayakan mana-mana sistem Pep,posisi DM adalah paling utama, anchor. Kebiasaanya pemain yang kekal di pasukan Pep di posisi ini adalah yang terpaling intelligent. Di Barcelona, Pep ada Sergio Busquets. Di Bayern Munich, Pep ada Phillip Lahm. Di City? Bermula dengan Fernandinho. Selepas dia pulang ke Brazil, Rodri mula ambil alih tugas tersebut. City pernah ada Fernando tapi tak kekal lama di bawah Pep. Fabian Delph juga posisi naturalnya di DM, namun tidak dapat kepercayaan Pep, dan ditukar ke posisi LB. Jadi, apa keistimewaan yang perlu ada sebagai DM dalam sistem Pep? Pergerakan DM dalam sistem Pep. Dalam build up play Pep, DM bertindak sebagai pengerak utama. Dia akan tawarkan dirinya sebagai the safest option kepada mana-mana pemain yang sedang memegang bola, namun bukan setakat itu, posisinya juga akan membuka ruang untuk pergerakan seterusnya. Pergerakan yang betul akan unlock pertahanan lawan, dan akan buat flow hantaran cantik. Bila-bila masa pemain buntu, atau sedang ditekan oleh lawan,tanpa melihat, mereka tahu di mana kedudukan seorang DM Pep. Orang kata, dah hafal by heart dekat mana DM akan ada atas padang. Malah, kebanyakan masa Pep juga mahukan Penjaga Gol membuat hantaran build up kepada DM, bukannya kepada pemain fullback. Untuk itu, Phillips perlukan masa untuk memahami pergerakan-pergerakan tersebut. Setakat ini, Phillips masih gagal, dan lebih menakutkan, kelompongan tersebut sering kali jadi lubuk lawan untuk eksploit dalam serangan. Pep tak nak ambil risiko sebab kekurangan Phillips boleh merobohkan sistem pertahanan Pep. Pep ada mengatakan “Saya tidak merungut mengenai Phillips sebab bila anda tidak bermain banyak, anda tidak boleh faham rentak yang dimainkan. John Stones telah bersama 7 tahun. Rodri 4 tahun. Saya tidak perlu bagitahu mereka. Ianya perincian kecil, pergerakan ke sana ke sini. Kalvin kalau dapat lebih minit permainan, mungkin dia akan faham rentak tersebut, tapi Rodri sedang dalam prestasi yang baik. Peranan DM ini sangat penting. Sebab itu bila kurang minit permainan akan menyukarkan. Tapi Phillips selalu ambil perhatian dalam latihan. Dalam latihan, dia selalu berfikiran terbuka untuk faham. Dalam situasi sekarang,setiap perlawanan adalah getir,kita tidak boleh tercicir mata” Jadi kenapa Pep bawa masuk Phillips kalau dia tak mampu mewarisi posisi DM? Kalvin Phillips asalnya bukan seorang DM, namun ditukarkan oleh Marcelo Biesla. Dalam sistem Biesla, Phillips bertindak sebagai pusat utama dalam serangan-serangan pantas Leeds dengan hantaran-hantaran jauh Phillips, sehinggakan dia digelar sebagai Yorkshire Pirlo. Kena ingat juga, Pep melarang pemainnya buat delivery yang berisiko yang mudah dipintas oleh pihak lawan. Jadi kelebihan hantaran jauh Phillips ini tidak boleh digunapakai dalam sistem Pep sedia ada. Namun, Pep percaya Phillips merupakan seorang pemain yang bijak. Pep percaya, kalau satu-satu pemain berjaya dalam sistem Biesla, maksudnya dia sangat bijak. Dengan Ilkay Gundogan dan Bernardo Silva kemungkinan akan meninggalkan pasukan hujung musim ini, dengan pengganti mereka masih belum nampak bayang, ada yang mengatakan Phillips adalah pilihan terbaik untuk menggantikan mereka, bukan sebagai pengganti Rodri. City juga dikatakan dalam buruan untuk mendapatkan Declan Rice. Mungkin Rice lebih baik dalam understudy Rodri